Petty Cash atau Wang Runcit merupakan sejumlah wang yang dikhaskan oleh syarikat untuk tujuan perbelanjaan kecil. Tiada jumlah tetap untuk Petty Cash dan selalunya ia bergantung pada syarikat itu sendiri. Contoh perbelanjaan yang menggunakan Petty Cash adalah pembelian alat tulis ataupun pembelian makanan untuk majlis keraian syarikat.
Untuk lebih memahami cara penggunaan Petty Cash ini, kami kongsikan situasi seperti di bawah.
Syarikat A telah menetapkan jumlah Petty Cash sebanyak RM 300.00. Petty Cash ini pula hanya akan ditambah apabila kesemua wang telah habis atau pun baki minimum sebanyak RM 50.00.
Kredit (Duit Keluar): – RM 300.00 (Bank Syarikat)
Debit (Duit Masuk): + RM 300.00 (Petty Cash)
Katakan kakitangan telah membuat perbelanjaan sebanyak RM 250.00 jadi kiraannya adalah:-
Kredit (Duit Keluar): – RM 250.00 (Petty Cash)
Perbelanjaan (Expenses):-
Debit (Duit Masuk): + RM 60.00 (Perbelanjaan Alat Tulis)
Debit (Duit Masuk): + RM 90.00 (Perbelanjaan Lain-Lain)
Debit (Duit Masuk): + RM 100.00 (Perbelanjaan Keraian)
Jadi di sini kita akan dapat melihat baki untuk Petty Cash adalah RM 50.00. Berdasarkan baki minimum tadi, syarikat akan menambah semula wang Petty Cash yang telah dikeluarkan.
Kredit (Duit Keluar): – RM 250.00 (Bank Syarikat)
Debit (Duit Masuk): + RM 250.00 (Petty Cash)
Baki untuk wang Petty Cash telah kembali menjadi RM 300.00.
Setiap transaksi di atas hendaklah direkodkan dengan betul dan pastikan setiap resit perbelanjaan di simpan. Selalunya untuk Petty Cash, resit yang mempunyai tarikh yang sama ditampal pada kertas yang disama. Salinan resit juga perlu dibuat memandangkan kebanyakan dakwat pada resit cepat pudar.




