Ramai yang masih lagi salah faham antara Quotation, Invois, dan Resit. Ada yang menganggap bahawa quotation tersebut dikira sebagai invois dan ada yang menganggap invois tersebut sebagai resit. Dan jadi bermasalah bila kita nak minta invois untuk buat pembayaran, penjual akan minta kita buat pembayaran terlebih dahulu sebelum invois dikeluarkan
1) QUOTATION:-
Quotation atau sebut harga dikeluarkan apabila pihak client minta info berkenaan harga atau spesisifkasi produk atau servis yang kita tawarkan. Dalam proses ini, tiada transaksi jual beli yang berlaku.
2) INVOIS:-
Invois dikeluarkan setelah sebut harga dan syarat dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Maknanya dalam proses ini client bersetuju untuk menjalan urusan jual beli dengan kita. Invois boleh dikeluarkan sebelum atau selepas kerja dilaksanakan bergantung kepada perjanjian yang telah ditetapkan. Selalunya syarikat akan tetapkan pembayaran deposit 50% sebelum kerja dilaksanakan dan 50% selepas kerja dilaksanakan. Invois tidak boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran kerana tiada bukti penerimaan. Sebab itu jika kita tengok ada di antara invois syarikat yang tertulis ” invois ini tidak boleh dianggap sebagai bukti pembayaran, hanya resit rasmi sahaja yang diterima” (contoh ayat).
3) RESIT
Resit hanya dikeluarkan apabila pihak client membuat pembayaran pada invois yang telah dikeluarkan sama ada deposit atau pun pembayaran penuh. Resit merupakan bukti bahawa pembayaran telah dibuat. Salinan slip deposit tunai ataupun cek akan dikepilkan di belakang resit sebagai rujukan.
Diharapkan anda semua dapat memahami perkongsian dari kami.




